Thursday, December 30, 2010

Kecewa

Harta!! Harta!! Harta!!
Fiza dah bosan dengan harta..
Fiza berasa kecewa!! kecewa!! kecewa!!
Bagi Fiza harta tu tak penting.. Yang penting bagi Fiza ialah pertalian silaturahim antara keluarga.. Jangan lah kita gaduh disebabkan harta.. Harta tu bukan la boleh dibawa mati.. betul tak??
Harta dan wang ringgit telah mengaburkan mata setiap orang yang tamak.. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk dapatkan harta.. Mereka tamak untuk mengejar harta benda di dunia ini tanpa memikirkan orang lain..
Jika seseorang itu diamanahkan untuk menjaga harta anak2 yatim, mestilah menjaganya dengan amanah.. Bukannya gunakan harta untuk kepentingan diri sendiri.. Tidak menjaga harta tu dengan amanah ,kan berdosa besar.. Ia akan mendapatkan balasan di akhirat nanti..
Fiza boleh hidup tanpa harta tu.. Sebab Fiza rasa dah cukup mewah.. Mewah dengan kasih sayang dan perhatian yang diberikan oleh keluarga Fiza.. Hahaha.. =)
Pesanan : Pertalian silaturahim antara keluarga tu lebih bernilai berbanding harta.. =)

Ambulans

Hai!!
Nak story ni.. ='|
Semalam Mak Long Fiza sakit.. Abang Fiza mengambil keputusan telefon ambulans untuk menghantar  Mak Long ke Hospital Sultan Ismail..
Dalam pukul 8.15 ambulans tu datang.. Setelah tu, bawa Mak Long masuk ambulans.. Fiza dan Mak ikut naik ambulans, manakala abang dan adik Fiza naik kereta ikut dari belakang..
Di sempang berdekatan dengan sekolah rendah tu, baru abang ambulans tu on kan siren supaya cepat sampai ke hospital..
Sepanjang perjalanan ke hospital, jantung Fiza rasa berdebar-debar sebab tak pernah gi hospital naik ambulans.. Tu la kali pertama Fiza naik ambulans..
Laju gak abang ambulans tu pandu ambulans tu ke hospital.. Tak sampai 10 minit je dah sampai kat HSI..
Mak Long kena tahan kat wad.. Hope cepat sembuh..

Saturday, December 25, 2010

-"Sos Kucing"-


Hahahahaha..
Fiza rindu kat sahabat2 Fiza..
Fiza teringat tentang “SOS KUCING”..
Kali ni Fiza nak ceritakan tentang “SOS KUCING”..
Dengar je perkataan tu mesti Fiza teringat pada sahabat2 Fiza..

15 Disember yang lalu, Fiza pergi City Square dengan Naqiuddin, Syamimie, Fatyn, Satisha, Amiera dan adik Amiera, Haffiz.. Kita orang semua tengok wayang, cerita Narnia : The Voyage of The Dawn Treader.. Best sangat cerita tu.. Fiza suka.. Hahaha.. =)

Lepas tengok wayang, kita orang rasa lapar.. Gi makan kat ROBIN’S PORTUGUESE CHICKEN.. Ingatkan gi restoran tu nak makan je.. Eh2!! Tiba2 dapat tengok wayang komedi free lak.. 

Nak dengar tak ceritanya??
Macam ni ceritanya..
Mula2 :

Naqiuddin : Korang ambil sos, tapi tak guna.. Bazir je..
Syamimie : Siapa yang ambil sos banyak2 ni??
Fatyn : Sos ni rasa apa??
Naqiuddin : Rasa cili la..
Fiza : Memang la rasa cili, takkan rasa kucing kot..
Naqiuddin, Syamimie, Fatyn, Fiza, Amiera, Satisha, Haffiz : Hahahahahahaha..

Hahahaha.. Segala2nya bermula dari Fatyn sebab dia tanya sos tu rasa apa.. Fiza sajeje jawab "rasa kucing"(Cakap apa yang terlintas di fikiran).. Kikikiki.. =)

Itulah wayang komedi free semasa Fiza makan gi kedai ROBIN’S PORTUGUESE CHICKEN bersama sahabat2 Fiza.. Itulah kerinduan Fiza bersama sahabat2 Fiza yang tak akan Fiza lupakan..
Wahai sahabat2 Fiza,,
Naqiuddin, Syamimie, Fatyn, Satisha dan Amiera!! Tak lupa Haffiz..
Fiza akan ingat korang sampai bila2..
Apleliu!!

Friday, December 24, 2010

-Hobi-


Assalamualaikum!!
Hai!!

Kali ni Fiza nak cerita pasal hobi.. Hobi ialah kegemaran yang diamalkan pada waktu lapang dan bukan pekerjaan utama.. Contoh hobi biasa orang lakukan seperti mengumpul stem, membaca dan lain2.. Setiap orang mesti ada hobi tersendiri.. Betul tak?? Betul, betul, betul..

Fiza ada 3 hobi yang boleh dikongsikan dengan awak semua.. Hahaha.. =)
Antaranya :

Hobi yang pertama : makan.. Fiza suka sangat makan.. Tak kisah la apa pun.. Yang paling penting makanan itu halal.. Huhuhu.. =)

  1. Coklat : sedap sangat.. Kalau makan coklat, Fiza rasa tenang.. Coklat ni pun ada khasiatnya.. Tapi tak boleh la makan coklat ni selalu sebab dia boleh mendatangkan penyakit yang berbahaya seperti diabetis da obesiti..
  2. Apple pie : Hahaha.. Bila pergi McD tak sah, kalau tak beli apple pie.. =)
  3. Roti & Biskut : Hurmm, kalau kat rumah wajib ada roti dan biskut..Fiza suka makan roti dan biskut bersama air milo or susu.. Fiza makan nasi tak la terlalu sikit dan tak la banyak sangat.. So, selain makan nasi, makan la roti dan biskut.. Kat rumah, Fiza la menghabiskan roti dan biskut.. Hahaha.. =p
  Hobi yang kedua : melayari internet.. Hahaha.. =p
  1. Cari maklumat : untuk tambahkan pengetahuan..
  2. Online facebook :  fiza selalu chatting dengan kawan dan berkongsi cerita.. Huhuhu.. =)
  3. Blog : update blog la.. Hahaha.. =)

Hobi yang ke tiga : membaca.. Kikiki.. =)
  1. Novel  : kalau masa lapang bacalah novel.. Seronok juga baca novel ni.. Tak kisah la novel apa2 pun..hehehe.. =)
  2. Surat khbar : mengetahui isu2 semasa.. =)
  3. Majalah : apa2 je.. Tahu pasal dunia hiburan je.. Hihihi =)
Hahahahahaha... Itulah antara hobi Fiza yang biasa Fiza lakukan.. =p
Hurmm, apa pula hobi awak semua?? =)

Thursday, December 23, 2010

-Fiza & Adik Erry-


Hai!!
Comel tak adik ni?? Hahaha..
Comelkan!! Nama dia Muhammad Ferry Ilham Bin Abdul Rahman..

Fiza panggil dia adik Erry.. Hahaha.. Adik Erry ni anak kawan jiran depan umah Fiza.. Setiap hujung minggu mesti adik Erry datang sini.. Setiap kali datang sini je mesti adik Erry datang main kat rumah Fiza nak main games or melukis or main pop2..=)

Fiza memang suka bermain dengan budak kecil macam adik Erry.. Tapi Fiza tak suka layan budak kecil yang nakal gila tahap gaban.. Fiza akan layan budak kecil yang hormat pada Fiza.. Tapi kalau budak yang nakal dan tak hormat Fiza, Fiza tak akan layan.. Hurmm, adik Erry ni tak nakal.. Dia baik, hormat orang tua, manja, dengar kata orang dan kelakar.. Hahaha.. Adik Erry ni manja dengan Fiza sampai dia cakap Fiza ni kakak dia.. Waw!! So sweet.. =)

Kadang2 adik Erry ni kelakar gak.. Adik Erry sebut "I LOVE YOU" jadi "APLELIU".. Mula2 aku tak faham.. Lepas tu adik Erry nampak Fiza pakai baju gambar bentuk LOVE Hahaha.. "Wahh!! Kakak pakai baju Apleliu ea??" Hahaha.. Baru Fiza faham apa itu Apleliu yang adik Erry cakap.. Huhuhu.. =)

Fiza suka tengok adik Erry makan.. Adik Erry makan tu berselera sangat.. Adik Erry suka sangat makan curry.. Hahaha.. Curry tu pun makanan kegemaran Fiza.. Adik Erry ni tak kisah makan apa2 pun.. Asalkan makanan tu halal dan boleh mengenyangkan perutnya.. Huhuhu.. =)

"Sayang, Adik Erry"
-APLELIU!!-

Sahabat!!

Hai!!
Kali ini Fiza nak ceritakan tentang sahabat.. Fiza ada sahabat yang baik.. Kami sentiasa bersama.. Cerita suka, duka, gembira dan sedih , kami sentiasa bersama..
  1. Naqiuddin : Sentiasa tolong orang.. Berkawan sejak sekolah rendah lagi.. Suka buat orang ketawa.. Suka buat lawak atau benda pelik2 yang membuatkan orang ketawa dengan gelagat Naq.. Penat ketawa2 dengan lawak Naq.. Haha.. :-)
  2. Fatyn : Sentiasa ambil berat pasal kawan2.. Masa tingkatan 2, Fiza berkawan dengan Fatyn.. Orang yang baik.. Kadang kelakar gak tengok Fatyn ni sebab Fatyn selalu ada saja benda yang pelik dibuatnya.. Huhu.. :-p
  3. Syamimie : Fiza kenal dengan Syamimie masa tingkatan 1.. Sama kelas.. Hahaha.. Mimie samalah macam Fatyn ni.. Tapi Mimie ni selalu saja salah sebut sesuatu perkataan sampai kawan2 yang lain ni ejek.. Kesian... Ish3!! Funny lah Mimie ni.. :-)
  4. Satisha : Seorang minah india yang tak kisah berkawan dengan orang melayu.. Satisha kata, dia berasa bangga dapat kawan macam kita ni sebab kita orang ni hapenning, caring, funny dan friendly.. Dia ni pun memang baik.. terbaik dari ladang.. haha.. :-)
  5. Amiera : Hahaha.. Miera ni selalu kelam-kabut.. Fiza ingat lagi masa tingkatan 1, Miera kelam-kabut nak cari liquid paper.. Lastly, Miera pinjam liquid paper dari Fiza.. Dari situlah Fiza berkawan dengan Amiera.. Hahaha.. :-)
Hurmmm,,
Itulah sahabat2 Fiza.. Sifat caring dan friendly kamu semua membuatkan Fiza sayang pada kamu semua.. Kamu semua memang sahabat yang baik hati, penyayang, sentiasa mengambil berat, dan tolong-menolong.. Fiza tak mahu berpisah dengan kamu semua.. Walaupun dah tamat persekolahan dan membuat haluan masing2, Fiza tak akan lost contact dengan kamu semua.. Kalau kamu semua nak cari Fiza, carilah dekat rumah dekat Taman Rinting ni sebab ni rumah tetap dan Fiza tak akan berpindah..

Lagu Sahabat kegemaran Fiza dan ditujukan khas untuk sahabat2 Fiza..
Lagu Sahabat nyanyian Aizat :
Sahabat…mengapa kau pergi,
Tinggal aku sendiri,
Kau tahu ku tak sanggup.

Sahabat…ingat lah kau slalu,
Jadi yang terbaik,
Walau kau tak disini lagi.

Sahabat…aku rindu padamu,
Datang walau sesaat,
Ku ingin kan kau hadir.

Chorus:
Aku disini dan menunggu,
Diam tanpa dirimu,
Kau tahu ku tak bisa,
Beranjak terbang dan melayang,
tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah.

Wednesday, December 22, 2010

Salam Perkenalan

Assalamualaikum..
Hai!! Saya Nur Hafizah Bt Mahyiddin.. Panggil saya Fiza.. Kawan2 dan sedara-mara pun paiggil Fiza.. Cuma mak,along dan adik je panggil Fiza, Angah atau Akak.. Fiza anak kedua dari tiga beradik..  Ermm, Fiza berasal dari Johor Bahru.. Umur Fiza 17 tahun.. Tarikh lahir Fiza 22 Feb 1993.. Fiza sajeje buat blog ni sebab nak mencari ketenangan.. Hahaha.. Penulisan dalam blog Fiza ni berdasarkan apa yang terlintas di fikiran saje.. Huhuhu.. :-)